Followers

Friday, 8 June 2012

Jawapan kepada 'Teguran kepada Hilal Asyraf"

Bismillahirahmairrahim..
Assalammualaikum w.b.t.

One of my favourite writer. Hilal Asyraf yang baru menamatkan pengajiannya di Jordan. Menghitung hari nak berkahwin.. Hee.. I saw his post pagi tadi.. pasal Hari Belia Negara. Saya tak pernah baca apa yang Hilal Asyraf maksudkan dengan Hari Belia Negara. Tetapi apa yang saya 'copy paste' adalah jawapan Hilal Asyraf kepada seseorang yang menegur beliau. Rasa nak share pula.. so,enjoy reading it.. InsyaAllah bermanfaat.. :) .. Boleh jadi renungan bersama..

Oleh kerana ada orang bangkitkan semula 'Teguran Kepada Hilal Asyraf' berkenaan kenyataan saya fasal Hari Belia Negara, maka di sini saya suka nak buat penyataan semula.

1 - Saya sudah kata bahawa, saya secara teksnya mungkin memang silap apabila menyatakan 'langsung tidak bermanfaat'. Katalah ada 100 acara, 50 bermanfaat dan 50 sia-sia. Jadi, secara teksnya, ya, saya silap bila saya kata 'langsung tidak bermanfaat', sebab ada 50 acara bermanfaat.

2 - Tetapi saya amat bertegas menyatakan bahawa secara konteksnya saya tidak silap. Hal ini kerana, saya melihat bahawa Perhimpunan Belia tersebut adalah satu program percampuran antara pembangunan dan peruntuhan belia. Yang mana, apabila kita campur adukkan semuanya di dalam satu program mega, ia menimbulkan kekeliruan yang besar dan seterusnya lebih menarik jiwa pemuda kepada apa yang buruk.

3 - Bagaimana kita wujudkan program 'hobi bermanfaat', kemudian kita pula anjurkan persembahan-persembahan yang sia-sia lagi melalaikan? Bagaimana kita anjurkan konsert Nasyid pemangkin rohani, tetapi esok-esoknya kita lambakkan konsert-konsert yang menggelapkan jiwa? Bagaimana kita buat program Subuh berjemaah, tetapi semalamnya kita bergadang dengan pelbagai perkara yang menyimpang dari sikap manusia yang bangun menghadap kepada Allah SWT?

Ini adalah kekeliruan. Ini adalah kecelaruan. Dianjurkan pula oleh pihak berkuasa, akan menyebabkan masyarakat merasakan - Oh, begitulah Islam - Oh, tidak mengapa rupanya begini - dan sebagainya. Ini satu bahana sebenarnya,

4 - Ada orang memberikan alasan bahawa orang boleh pilih nak pergi K-Pop, atau nak pergi yang bermanfaat. Tak wajib ada di sana sepanjang hari. Ya, saya tahu. Tetapi bila kita letakkan sesuatu yang 'kena dengan nafsu' dan sesuatu yang 'perlu melawan nafsu', secara naturalnya manusia akan meluru untuk mendapatkan yang kena dengan nafsunya.

Sekiranya Hari Belia Negara bertemakan "Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam", dengan memahami keadaan remaja dan belia kita yang banyak masalah gejala sosial, maka sepatutnya program itu diaturkan dengan baik ke arah matlamat yang dihajatkan.

Ini, ada program yang membangun. Tetapi pada masa yang sama, dilambakkan program-program yang meruntuhkan, yang selama ini mereka sangat suka, yang kita nak suruh mereka tinggalkan, tetapi kita pula suakan. Yang mana mereka akan lebih mudah pilih?

5 - Saya sudah nyatakan, saya memahami jika nak sangat ada hiburan. Ya, dalam program yang serius pun, kita perlukan hiburan untuk menenangkan suasana, merehatkan minda. Tetapi Hari Belia Negara yang bertemakan Hari ini lebih baik dari semalam, mengapa melambakkan hiburan yang banyak, dari malam ke malam? Seterusnya yang memberikan persembahan itu pula adalah yang berpakaian tidak sopan, hingga menayangkan seluar dalam pun ada.

5 hari 4 malam program contohnya, kenapa tidak letakkan satu malam sahaja hiburan? Kenapa mesti dalam program mega itu, setiap malamnya adalah hiburan?Itu belum dicampur dengan drag racing dan sebagainya lagi.

6 - Jadi, saya menegaskan di sini bahawa saya memandang perkara ini secara big picture. Penegur, bebas menegur dan saya ucapkan syabas kerana menegur. Tetapi saya kekal dengan pendapat saya, stand saya. Ya, secara teksnya, secara literalnya, mungkin saya akan nampak silap bila menyatakan dari 100(sekadar menyebut bilangan) program yang ada, saya kata semuanya tidak bermanfaat.

Tetapi secara konteksnya, saya nak tanya, apa manfaatnya program hobi bermanfaat, kerjaya, jati diri, intergriti belia dan sebagainya, jika kita sendiri kemudian menyuakan perkara-perkara yang menghancurkannya?

7 - Penulis mahu menyatakan saya dipengaruhi ideologi Politik dengan cuba menyatakan mengapa saya tidak komen apa yang PR buat. Saya sekadar mahu tanya - SIAPA KERAJAAN SAYA SEKARANG? Yang patut memimpin saya, yang patut mendidik saya, yang patut saya pandang sebagai contoh, yang patut saya percaya?

Siapa?

Jadi adalah normal untuk saya menegur satu pihak yang lebih berautoriti, yang sepatutnya menunjukkan lebih contoh. Dan pihak itu juga, buat program LEBIH MEGA dari pihak yang satu lagi?

8 - Akhir kata, sila pandang ini secara big picture. Kita bukan kanak-kanak untuk main kira-kira dari 100, ada 50 perkara bermanfaat. Bukan. Kita pandang big picture, pro dan kontra, persepsi dan interprestasi, mentaliti belia dari pelbagai latar, duit kerajaan yang dikeluarkan, impaknya kepada fikiran masyarakat dan sebagainya.

Sekian daripada saya.
Apa-apa hal pun, syabas kepada yang menulis teguran terbuka itu.
Sesiapa yang beradab, saya hormat dan saya muliakan.
Semoga Allah SWT redha dengan kita.

-----------------------------------------------------
Sesiapa yang boleh sampaikan perkara ini pada nota itu, sila sampaikan.
Kalau orang tak perasan apa saya tulis ni, paste banyak kali pada nota itu sampai orang perasan.

Kematangan itu perlu,
agar kita tidak terus diperbodohkan.

# Kita adalah belia yang menjadi harapan negara..

No comments:

Post a Comment