Followers

Thursday, 28 June 2012

Sedikit lebih baik daripada tiada?

Bismillahirahmairrahim..
Lama tak update status~ mengalami hari-hari yang memenatkan sepanjang di asasi ni.. Tapi Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya. Bersyukur sangat-sangat atas segala nikmatNya..

Tapi kena ulang kaji lagi!!
Chemistry ,Biology, Physics, Maths ..
Please be gooooood to me..
semoga Allah permudahkan untuk mengulangkaji semua benda tu.. :)
InsyaAllah..

Apa-apa pun... Anis masuk hari ni! Yeah!! Anis masuk asasi sains UMS.. sama bilik dengan Ana lagi tue.. hehe..

Gonna bergerak ke kelas PAI yang diadakan buat pertama kali di Masjid UMS..

#Semoga Allah redha   :]

Friday, 15 June 2012

Libraryku,rumah ketigaku...

Bismillahirahmanirrahim..
Assalammualaikum w.b.t. dan selamat malam kepada sesiapa yang membaca..
Hee..

Hari yang sungguh memenatkan hari ini.. Sungguh. Tapi syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan kawan-kawan sehati sejiwa sebaik mereka. Yang sentiasa menemani diri ini di kala susah dan senang semasa hidup di Universiti Malaysia Sabah ini..Woa. <--- ayat yang sungguh skema..

Alhamdulillah. Berpeluang untuk bertapa selama sehari di perpustakaan. Menyiapkan 5 soalan chemist? haha. Yang agak susah.. ~Ok laa.. Ada juga input untuk diri ini kan? Planning awal takkan tinggalkan library sebelum tutorial 1 dan 2 Chemistry siap. Tapi akhirnya,kami bagi-bagi soalan dan cuba menyiapkannya..
InsyaAllah esok kami akan bincang lagi..




OK. Penat tapi berbaloi-baloi. Having a great day everyday di UMS.. Syukur kepada Allah yang memberi nikmat.. :)

Apa-apapun,bagi remaja di luar sana. Daripada melepak tak tentu hala di pusat beli belah.. Kunjungilah perpustakaan. Best! Serius best! haha.. sekurang-kurangnya ada juga input yang berguna kan?
*promote Library ckit~ :DD

Hmm...

'Diam itu lebih baik'

Jadi sebelum saya melalut-lalut kepointlessan..bagus saya berhenti la kan? Hee..
Yang penting jangan lupa renew niat kita setiap masa. Setiap kali teringat. Biar setiap apa yang kita buat tu ada balasan pahala dan redhaNya.. insyaAllah..

Semoga niat saya menaip malam ni betul.Bukan setakat luahan perasaan yang tak ada maknanya kan? hee..


#Semoga diri ini dan kita semua tetap istiqomah di jalanNya.. InsyaAllah..

Saturday, 9 June 2012

Yakinlah dengan pertolonganNya

Bismillahirahmanirrahim..
Assalammualaikum w.b.t.





Jika Allah menginginkan kebaikan buat kita.InsyaAllah Allah akan hantar kawan-kawan yang baik untuk berada di sisi kita.. :)


Alhamdulillah. Di beri kesempatan semalam untuk mengikuti program riadah yang dianjurkan oleh kakak-kakak asasi 2nd batch yang baru habis exam dan akan berangkat pulang ke kampung halaman masing-masing tak lama lagi. Semoga kejayaan mengiringi setiap langkah kakak-kakak.. InsyaAllah.. :)

Waktu yang berjaya diluangkan seawal jam 6am sangat berbaloi.Dapat berkenalan dengan kakak-kakak dan juga rakan-rakan asasi yang masih belum dikenali. Ada peluang bertemu walaupun mengalami sedikit kesulitan untuk mengingati nama.. Tapi InsyaAllah saya akan berusaha sedaya upaya. Hwaiting Dr. Azwa! :)


BELAJAR KERANA ALLAH.Satu perkongsian yang kakak-kakak asasi buat.

    'Allah berada dalam persangkaan hambaNya' kata kak Ana.

Niat adalah perkara paling penting yang perlu kita ambil serius dalam membuat sesuatu.. Niat akan menentukan  ganjaran untuk perbuatan kita. Betul tak? Sebab jika niat kita kerana Allah,InsyaAllah kita kan mendapat pahala dan redhaNya.

Kalau kita belajar untuk lulus dengan cemerlang..InsyaAllah kita akan lulus dengan cemerlang. Jika kita belajar untuk dapat kerja.InsyaAllah kita akan dapat kerja. Tapi jika kita belajar untuk Allah,kerana Allah.. Allah akan beri kita sesuatu yang tak disangka. Kejayaan di dunia dan akhirat..
Apa yang penting bersangka baiklah dengan Allah.. Kerana Dia mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Setelah kita usaha,bertawakallah padaNya.. :)

'Allah tak tengok hasil,Allah tengok usaha kita'

Usaha.Usaha.Usaha. Jangan hanya berharap. Usaha kan tangga kejayaan.. :)
Bersihkan hati,elakkan maksiat.Kerana ilmu takkan masuk dalam hati yang gelap. Ilmu adalah cahaya yang bakal menerangi hidup kita.. InsyaAllah..

Semalam mengantuk sangat-sangat.Nasib baik ada Kak Diana dan Kak Nira ziarah semalam.. Hilang terus rasa mengantuk. Lepas tu Allah hantar lagi Kak Nani.. Alhamdulillah.. Ada juga kakak-kakak xsmeshians yang boleh jaga kami di sini..

Yakinlah pada setiap perancangan yang Allah dah aturkan untuk kita..


'Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.'     [Al-Baqarah,2:216]


 
#Semoga Allah redha..


'0711 Smeshianssickness' .. (ukhwah itu indah)

Bismillahirahmanirrahim..
Assalammualaikum w.b.t.






Ukhwah itu sungguh manis. Apatah lagi jika bersulamkan cinta kepada Allah dan RasulNya. Apatah lagi jika dibina atas dasar Iman dan Islam. Apatah lagi jika dia sanggup menerima baik dan buruk sahabatnya. Bersama-sama mencari redhaNya. Mengejar cintaNya.. :)

“Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” Hadith Riwayat Bukhari


Sejak memasuki alam universiti ni.Walaupun baru hanya beberapa hari dan tak sempat pun nak kenal semua rakan-rakan asasi sains UMS 2012/2013..  Azwa sangat merindui rakan-rakan seperjuangan di SMESH.. All star 0711. Rindu nak share stories.Rindu nak bergelak ketawa. Rindu nak makan sama-sama. Rindu nak tengok muka dorang! Rindu sangat-sangat.

Selalu orang cakap high school is one of the best part that ever happen in your life. Banyak kenangan sepanjang masa 5 tahun di SMESH. Pahit,manis,masam,tawar,pedas dan semua rasa pernah bergaul menjadi satu yang mana kina telah menjadi satu rasa RINDU untuk mengulang setiap memori yang pernah berlaku di SMESH.

Alhamdulillah semua rakan-rakan berjaya melanjutkan pelajaran. Tak kisah la asasi,matriks,tingkatan 6 or persediaan nak ke luar negara. Yang penting kita masih mampu berusaha berlari bengejar cita-cita.Apa yang saya harap agar kamu semua pandai menjaga diri.Pilih kawan yang baik. Sebab dunia luar ni penuh dengan cabaran.Once kamu tergelincir.. Susah nak bangun kembali..


                                                                       miss u all <3

Selalu orang cakap hanya awal-awal ni kita akan rindu. Times heal everything. As time passed by..kita takkan rindu lagi. Ye ke? haha.. But i believe if something is in your heart. Tak kira sejauh mana jarak,selama mana masa berlalu,sebanyak mana orang yang akan kita jumpa.. We will still miss each other. because THE HEART THAT TRULY LOVES NEVER FORGET. All of u memeng dah ada dala hati ini.. <3

     Friends till jannah.. InsyaAllah.. :)

To Jeaner,Faseeha, Fareeha,Nonie,Syaheedah,Raihan,Memeng,Asilah n all my beloved gurls.. Ketahuilah hati kecil ini sangat merindui kamu.. Huu~ i do miss u all a lot.. sangat rindu.. ;(


To all 0711 members.. Do take care of yourself k. Berusaha gigih untuk mencapai cita-cita kita. Bila dah berjaya,jangan lupakan kawan-kawan yang sentiasa ada di hati kita. I do love and miss u all. Semoga ukhwah kita berkekalan hingga ke syurga dengan redhaNya. Keep in touch. Update pasal diri masing-masing. Kalau buat reunion mesti inform ah.. :)


I'm having 0711 smeshianssickness~ haha..


#Azwa sangat menghargai kehadiran kamu semua dalam hidup ini. Thanks to Allah for sending me friends like u all.. May Allah bless us.. InsyaAllah,

Friday, 8 June 2012

Jawapan kepada 'Teguran kepada Hilal Asyraf"

Bismillahirahmairrahim..
Assalammualaikum w.b.t.

One of my favourite writer. Hilal Asyraf yang baru menamatkan pengajiannya di Jordan. Menghitung hari nak berkahwin.. Hee.. I saw his post pagi tadi.. pasal Hari Belia Negara. Saya tak pernah baca apa yang Hilal Asyraf maksudkan dengan Hari Belia Negara. Tetapi apa yang saya 'copy paste' adalah jawapan Hilal Asyraf kepada seseorang yang menegur beliau. Rasa nak share pula.. so,enjoy reading it.. InsyaAllah bermanfaat.. :) .. Boleh jadi renungan bersama..

Oleh kerana ada orang bangkitkan semula 'Teguran Kepada Hilal Asyraf' berkenaan kenyataan saya fasal Hari Belia Negara, maka di sini saya suka nak buat penyataan semula.

1 - Saya sudah kata bahawa, saya secara teksnya mungkin memang silap apabila menyatakan 'langsung tidak bermanfaat'. Katalah ada 100 acara, 50 bermanfaat dan 50 sia-sia. Jadi, secara teksnya, ya, saya silap bila saya kata 'langsung tidak bermanfaat', sebab ada 50 acara bermanfaat.

2 - Tetapi saya amat bertegas menyatakan bahawa secara konteksnya saya tidak silap. Hal ini kerana, saya melihat bahawa Perhimpunan Belia tersebut adalah satu program percampuran antara pembangunan dan peruntuhan belia. Yang mana, apabila kita campur adukkan semuanya di dalam satu program mega, ia menimbulkan kekeliruan yang besar dan seterusnya lebih menarik jiwa pemuda kepada apa yang buruk.

3 - Bagaimana kita wujudkan program 'hobi bermanfaat', kemudian kita pula anjurkan persembahan-persembahan yang sia-sia lagi melalaikan? Bagaimana kita anjurkan konsert Nasyid pemangkin rohani, tetapi esok-esoknya kita lambakkan konsert-konsert yang menggelapkan jiwa? Bagaimana kita buat program Subuh berjemaah, tetapi semalamnya kita bergadang dengan pelbagai perkara yang menyimpang dari sikap manusia yang bangun menghadap kepada Allah SWT?

Ini adalah kekeliruan. Ini adalah kecelaruan. Dianjurkan pula oleh pihak berkuasa, akan menyebabkan masyarakat merasakan - Oh, begitulah Islam - Oh, tidak mengapa rupanya begini - dan sebagainya. Ini satu bahana sebenarnya,

4 - Ada orang memberikan alasan bahawa orang boleh pilih nak pergi K-Pop, atau nak pergi yang bermanfaat. Tak wajib ada di sana sepanjang hari. Ya, saya tahu. Tetapi bila kita letakkan sesuatu yang 'kena dengan nafsu' dan sesuatu yang 'perlu melawan nafsu', secara naturalnya manusia akan meluru untuk mendapatkan yang kena dengan nafsunya.

Sekiranya Hari Belia Negara bertemakan "Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam", dengan memahami keadaan remaja dan belia kita yang banyak masalah gejala sosial, maka sepatutnya program itu diaturkan dengan baik ke arah matlamat yang dihajatkan.

Ini, ada program yang membangun. Tetapi pada masa yang sama, dilambakkan program-program yang meruntuhkan, yang selama ini mereka sangat suka, yang kita nak suruh mereka tinggalkan, tetapi kita pula suakan. Yang mana mereka akan lebih mudah pilih?

5 - Saya sudah nyatakan, saya memahami jika nak sangat ada hiburan. Ya, dalam program yang serius pun, kita perlukan hiburan untuk menenangkan suasana, merehatkan minda. Tetapi Hari Belia Negara yang bertemakan Hari ini lebih baik dari semalam, mengapa melambakkan hiburan yang banyak, dari malam ke malam? Seterusnya yang memberikan persembahan itu pula adalah yang berpakaian tidak sopan, hingga menayangkan seluar dalam pun ada.

5 hari 4 malam program contohnya, kenapa tidak letakkan satu malam sahaja hiburan? Kenapa mesti dalam program mega itu, setiap malamnya adalah hiburan?Itu belum dicampur dengan drag racing dan sebagainya lagi.

6 - Jadi, saya menegaskan di sini bahawa saya memandang perkara ini secara big picture. Penegur, bebas menegur dan saya ucapkan syabas kerana menegur. Tetapi saya kekal dengan pendapat saya, stand saya. Ya, secara teksnya, secara literalnya, mungkin saya akan nampak silap bila menyatakan dari 100(sekadar menyebut bilangan) program yang ada, saya kata semuanya tidak bermanfaat.

Tetapi secara konteksnya, saya nak tanya, apa manfaatnya program hobi bermanfaat, kerjaya, jati diri, intergriti belia dan sebagainya, jika kita sendiri kemudian menyuakan perkara-perkara yang menghancurkannya?

7 - Penulis mahu menyatakan saya dipengaruhi ideologi Politik dengan cuba menyatakan mengapa saya tidak komen apa yang PR buat. Saya sekadar mahu tanya - SIAPA KERAJAAN SAYA SEKARANG? Yang patut memimpin saya, yang patut mendidik saya, yang patut saya pandang sebagai contoh, yang patut saya percaya?

Siapa?

Jadi adalah normal untuk saya menegur satu pihak yang lebih berautoriti, yang sepatutnya menunjukkan lebih contoh. Dan pihak itu juga, buat program LEBIH MEGA dari pihak yang satu lagi?

8 - Akhir kata, sila pandang ini secara big picture. Kita bukan kanak-kanak untuk main kira-kira dari 100, ada 50 perkara bermanfaat. Bukan. Kita pandang big picture, pro dan kontra, persepsi dan interprestasi, mentaliti belia dari pelbagai latar, duit kerajaan yang dikeluarkan, impaknya kepada fikiran masyarakat dan sebagainya.

Sekian daripada saya.
Apa-apa hal pun, syabas kepada yang menulis teguran terbuka itu.
Sesiapa yang beradab, saya hormat dan saya muliakan.
Semoga Allah SWT redha dengan kita.

-----------------------------------------------------
Sesiapa yang boleh sampaikan perkara ini pada nota itu, sila sampaikan.
Kalau orang tak perasan apa saya tulis ni, paste banyak kali pada nota itu sampai orang perasan.

Kematangan itu perlu,
agar kita tidak terus diperbodohkan.

# Kita adalah belia yang menjadi harapan negara..

Monday, 4 June 2012

KEHIDUPAN:Dia bukan budak agama..dia hisap rokok..dia tidak menutup aurat..

Melayari kehidupan ini, kita akan menemui pelbagai ragam manusia. Pelbagai jenis insan. Lagi jauh kita berjalan, maka akan lebih meluaslah pandangan kita. Kalau mungkin dahulu kita budak sekolah agama, tetapi bila kita melangkah ke universiti, kita akan mula bergaul dengan pelbagai manusia dari latar yang berbeza. Kalau sebelum ini semua manusia yang kita kenali berlatar belakangkan agama kerana belajar di sekolah agama, tetapi di universiti, di alam pekerjaan, kita akan bertemu dengan mereka yang bukan mempunyai latar belakang seperti kita.
Agama mungkin Islam, tetapi kehidupan tidak menggambarkan sedemikian. Gambaran luaran tidak mencerminkan akhlak peribadi seorang mu’min.
Hisap rokok, tidak menutup aurat, mencarut, suka tengok perkara yang haram, tidak menjaga solat, dan sebagainya.
Ramai ‘orang agama’, bertemu dengan manusia sebegini, akan terus menjauhi mereka. Memanggil mereka ini ‘pendosa’, ‘orang jahiliyyah’, dan ‘mereka yang tidak mendapat hidayah’. Dijauhi, kerana ‘takut terpengaruh’. Bahkan dicerca-cerca, hingga ada yang melabel mereka ini ‘ahli neraka’, serta berbicara seakan-akan mereka ini tiada lagi harapan sebagai hambaNya.
Kita kadangkala terlupa, mereka juga manusia seperti kita.


Dakwah Itu Mendekati, Bukan Meninggalkan.
Dakwah itu hakikatnya mendekati. Bukan meninggalkan. Rasulullah SAW tidak meninggalkan Abu Jahal sebelum berusaha bersungguh-sungguh mendakwahnya. Bahkan Allah SWT sendiri berfirman bahawa Dia tidak akan sesekali mengazab sesuatu kaum, sebelum Dia menghantarkan RasulNya untuk memberikan peringatan.
“Dan tiadalah Kami ini menjadi pemberi azab, hinggalah Kami menghantar Rasul(untuk memberikan peringatan)” Surah Al-Isra’ ayat 15.
Maka dakwah itu mendekati, bukan sesekali meninggalkan. Dakwah itu menyelami, bukan semata-mata di permukaan. Kerana itu di dalam dakwah, ada ta’aruf, perkenalan, agar kita mengenali betul-betul objek/target dakwah kita. Bukan semata-mata berdiri di hadapannya memberikan ceramah, atau memberikan ancaman terhadapnya semata-mata.

Kadangkala, Mereka Bersikap Sedemikian Bukan Kerana Mereka Mahu.
Kita mungkin beruntung, lahir daripad keluarga muslim, tadika di tadika Islam, sekolah rendah dan menengah di sekolah rendah dan menengah Islamik, seterusnya menyambung pula pengajian ke timur tengah, belajar pengajian Islam. Atau mungkin Allah berikan kita rezeki untuk duduk di dalam sistem dakwah dan tarbiyah, ikut usrah, mendalami Islam serta memahami dakwah.
Tetapi kita perlu faham bahawa ada di dalam dunia ini orang yang tidak seperti kita.
Mungkin lahir dalam keluarga muslim, tetapi Ibu Bapanya tidak memahami Islam sebagaimana Ibu Bapa kita. Membesar dalam suasana yang bukan bi’ah solehah, seterusnya guru-guru yang mendidiknya tidak pernah memperkenalkannya dengan Allah SWT, mengaitkan Allah SWT dalam kehidupannya, dan orang di sekelilingnya tidak pernah menitik beratkan perihal ketaatan kepada Allah SWT. Dia pula bukan belajar agama, tidak mendalami agama. Kemudian, yang baik dengan dirinya adalah orang yang sedemikian juga. Yang ambil berat akan keadaannya, yang menyayanginya dan mengasihinya adalah orang yang sedemikian juga.
Maka keluarlah dia daripada sistem itu menjadi dia yang sekarang. Maksiat itu padanya bukan maksiat. Padanya perkara ‘biasa’. Itu dari kaca matanya. Dia bukan mahu sedemikian, namun itulah ‘dunia’ yang dikenalinya.
Maka sekiranya pendakwah, orang yang mengenali Islam hanya tahu hendak meninggalkan mereka, hanya tahu hendak menyatakan mereka ini berdosa, hanya tahu hendak menerakakan mereka, maka siapa yang boleh hendak menarik mereka keluar dari ‘dunia’ mereka?

Kadangkala Kita Larut Dengan Kelebihan Kita, Dan Terlupa Mereka Juga Manusia.
Kadangkala, kita yang diberikan kelebihan kefahaman Islam dan kehidupan Islam ini lemas dalam kelebihan kita. Kita lebih kenal Allah SWT, sepatutnya kita lebih rendah hati. Tetapi kita menjadi lebih bongkak, hingga merendah-rendahkan orang lain yang tidak mendapat nikmat yang sama, orang lain yang tidak memahami fikrah seperti kita.
Sedangkan, mereka itu manusia juga. Mereka memerlukan hidayah Allah SWT ini. Mereka perlu orang yang berusaha bersungguh-sungguh menarik mereka dengan cara yang kena dengan mereka.
Tetapi kadangkala kerana kita larut dengan ‘kelebihan’ kita, maka kita kasar dengan mereka. Kita memandang mereka dengan penuh kebencian. Kita jadikan mereka tersisih dari komuniti kebaikan kita, kita jadikan mereka ini ‘jijik’, ibarat ‘najis’, dan kita jauhkan mereka dari kehidupan kita. Kita tidak dekati, kita tidak selami dan fahami.
Kadangkala kita tidak sedar, bahawa kalaulah bukan kerana belas kasih Allah SWT kepada kita, maka kita juga adalah seperti mereka sahaja.

Satu Kisah Sebagai Teladan.
Saya suka mengulang kisah seorang Muslim dan seorang Nasrani. Yang berselisih di satu jalan. Nasrani itu telah terlanggar Muslim tersebut. Membuatkan Muslim tersebut marah, lantas berkata: “Nerakalah untukmu wahai Nasrani!”
Kata-kata itu membuatkan Nasrani tersebut menoleh, dan berkata: “Apakah neraka itu di tangan engkau wahai Muslim? Maka saksikanlah bahawa aku ini bersaksi Allah itu adalah Tuhan, dan Muhammad itu adalah UtusanNya.”
Muslim itu tergamam. Kemudian meneruskan perjalanannya. Nasrani itu juga meneruskan perjalanannya.
Di tengah perjalanan, Muslim itu melalui sebuah rumah, dan terpandang seorang perempuan di balik tingkap. Sangat cantik. Sangat lawa. Akhirnya kerana tertawan, dia pergi ke rumah tersebut bertemu bapa si perempuan. Bapa Si Perempuan berkata:
“Boleh kau kahwini anak perempuanku, dengan syarat engkau masuk agamaku(Nasrani), dan mengembala khinzir-khinzirku.”
Oleh kerana telah kemaruk dengan kecantikan perempuan itu, Si Muslim bersetuju.
Beberapa tahun selepas itu, Nasrani yang telah Muslim pulang dari jalan yang dilaluinya, melewati ladang Khinzir tempat Muslim yang telah menjadi Nasrani mengembala. Melihat wajah Si Pengembala, Nasrani Yang Telah Muslim terkejut lantas berkata:
“Bukankah engkau Muslim yang berlanggar denganku beberapa tahun dahulu?”
“Benar. Allah telah menukarkan tempat kita.”

Kisah ini, saya tidak pasti kesohihannya. Namun benar-benar menjadi motivasi dan peringatan. Bahawa hidayah itu bukan hak milik kita. Allah SWT jugalah pemilik hidayah. Maka jangan kita bongkak dengan hidayah yang kita ada. Jangan sesekali kita merendah-rendahkan orang lain yang belum mendapat hidayahNya. Tetapi apa yang perlu kita usahakan adalah mendekati, selagi mana mereka belum menentang, menzalimi dan mengancam kita.

Penutup: Jadi Bergeraklah, Dekati Mereka, Berikan Masa, Mencuba dan Terus Mencuba.
Menyelami dunia mereka yang tidak Allah SWT berikan rezeki untuk membesar dengan kefahaman Islam, suasana yang Islamik, mendalami Islam dan sebagainya, kita perlu punya jiwa yang lembut untuk menarik mereka. Jiwa yang luas untuk menerima kekurangan mereka.
Kita jangan terlalu cepat hendak menghukum dan meninggalkan mereka. Kita belajar daripada Yunus AS, kala dia berputus asa pada kaumnya dan berlari meninggalkan mereka. Terus Allah SWT hukum dengan Yunus AS ditelan Ikan Paus. Begitulah Allah SWT tidak menyukai mereka yang berputus asa dalam mengajak kepadaNya.
Teruskan usaha. Dekati. Pandanglah dengan pandangan rahmat. Tunjukkanlah jalan taubat dan pengampunan Allah SWT yang luas.
Jangan dicaci, jangan dihina.
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orangyang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk.” Surah An-Nahl ayat 125.
Berikanlah masa, terus cuba dan mencuba.
Cuba dan terus mencuba.
Hinggalah berlaku kepada kita dan mereka empat perkara:
  1. Kamu mati.
  2. Dia mati.
  3. Matahari terbit dari barat.
  4. Dia berubah.
Moga-moga, usaha kita menjadi saham di akhirat sana, dan dapat membuka jiwa mereka untuk kembali kepada Allah SWT.

Sumber: http://langitilahi.com/8668

#Semoga Allah redha..^^

Hari pertama yang penuh dengan semangat!


Bismillahirahmanirrahim..
Assalammualaikum w.b.t. !!!!! (Penuh dengan semangat membara!) *ceh,padahal sekarang dalam mood nak tidur. Ye,Azwa revise Chemistry yg Sir Tan ajar tadi.Tapi terblank nak jawab soalan kira-kira tu. So here I am. Update blog! Huu~

Ok laa.. Nak ceritakan pengalaman baru hari ini. Hari pertama bergelar pelajar Universiti. Err,.. *uhukuhuk~

Hari pertama memulakan kuliah la namanya kot. Sebab memang dah bergelar pelajar Universiti Malaysia Sabah sejak orientasi hari tuu lagi. Sejak lepas cuti satu minggu yang cambest tue. Hehe..

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah. 
Masih diberi peluang oleh Allah untuk menimba ilmu dan menambahkan pengetahuan dalam dada agar dapat memajukan diri,keluarga,bangsa,Negara dan agama untuk masa akan datang.
Jadinya kuliah kami,pelajar Asasi Sains UMS 2012/2013 bermula pada jam 8am,4 Jun 2012,Bilik kuliah 4 dengan matapelajaran CHEMISTRY! J (kamu tak dapat B laa dalam SPM~)


Sebelum tuu,Azwa nak confess..

yang Azwa rindu SMESH!~ Huu.. SMESH!


Ok la.. cukup cukup.

Azwa,Zack,Halidah,Angah dan Ana adalah budak-budak xsmeshians girls yang stay together kat Kg. E. So,kitorang always spent times together.. Hm,awal pagi lagi.Lepas bangun pagi je. Dalam jam 6.30am gitu..Kitorang dah terpacak kat bus stop.Menunggu bas!


Excited sikit ni. Coz first time nak naik bas ke kuliah.. =)


Azwa dan Zack sampai je kat bus stop~ trus bas pun sampai dengan megahnya! Huu.. Hebat.Hebat.


Jadi kami dengan rakan-rakan se asasi lain yang tinggal kat Kg. E pun menaiki bas pertama pada hari itu dan menjadi pelajar yang sampai kat Bilik Kuliah 4 (BKP4). Seterusnya menjadi kumpulan pertama yang terpacak kat sana dengan semangatnya. *Hello~kuliah start jam 8 ok?


Hm,bosan,bosan,bosan menunggu. Pointless~ hoho..


Akhirnya penantian berakhir.Dalam jam 8.10am gitu. Masuklah barisan pensyarah-pensyarah Chemist dengan penuh gaya. Dewan yang hingar-bingar seperti pasar malam menjadi sunyi sepi seperti kuburan..  Syhhh~


Sesi pengenalan diri daripada barisan lecturer dan tutor selesai kira-kira pada jam 9am. Diselitkan juga sedikit penerangan mengenai program dan syllabus Chemistry.Lepas tu kuliah pun start!


Chemistry~.. oh chemistry!
Bertajuk 'Matter 1'


Kejutan budaya belajar berlaku. Huu. Ndak laju laa Sir Tan buat penerangan~ Sampaikan nak ambil gambar pun tak sempat. Pheww~ I try to focus sedaya upaya saya. Huu.. Hwaiting Dr. Azwa! Apa-apapun. New experience yang akan ditempuhi pada setiap hari bermula sekarang. Hm,nasib baiklah minggu ni cuma ada kuliah dari jam 8am-10am ja. Tutorial start minggu depan dan Amali minggu depannya lagi.


Oya,lupa nak bagitau. Senior-senior kat UMS skrg tengah get ready untuk berperang. Berbekalkan pen dan kertas dan otak dan ilmu pengetahuan dan macam-macam lagi laa..  Jadi tak nak laa kacau dorang kan?


Lepas habis ja kuliah..Kitorang kena bagi kad matriks.. *huu..gambar azwa x lawa.. =(
Sikijap laa nak bagi untuk 200+ pelajar asasi tu. Bersabarlah duhai Afiq Nur(Ketua 3rd batch)


Pengajaran hari ni ialah.. Kena siapkan strategi baru! Belajar! Fokus!
Dan yang paling penting.jangan biarkan diri kita kosong tak terisi.Selalu ingat Dia. Kerana hanya kepadaNyalah kita berserah..


Huu..Ok laa.mengantuk suda.Jadi gaya penulisan pun jadi tunggang-langgang. Taktaw apa yang saya tulis.Pening suda~

Haha..Btw,thanks for reading~


Doakan yang terbaik buat pelajar Asasi Sains UMS 2012/2013!!
Chayo2 semuanya!
May Allah bless us forever and always~


Tidur!  Zzzzz

#kerana aku ada Dia..

Saturday, 2 June 2012

Polisi: Jangan salahkan orang lain

Assalammualaikum W.B.T.

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.
Syukur sangat-sangat dengan apa yang Allah beri malam ni. Athirah bawa Azwa p solat jemaah tadi. Ingatkan yang macam biasa ja.Kat surau A3. Rupanya jemaah Maghrib,Isyak,ceramah n Solat Hajat! Huh! Full package! Program untuk seluruh warga Kg. E.. Syukur saya balik awal tadi.. :) ..Ada hikmahnya kan?

     Tadi saya minta Allah mengurniakan idea untuk dikongsikan bersama.Alhamdulillah. Hebatnya kuasa Allah. Ada ceramah yang tak buat saya mengantuk tadi. Jadi InsyaAllah akan saya kongsikan untuk renungan bersama.Hm,tajuk entri kat atas tu apa yang Ust Isroq (kalau tak silap) sampaikan pada awal ceramah. Tajuk ceramah lebih berkisar pasal HIJRAH. Hijrah diri. Azwa tak bawa pen dan kertas sebab tak tahu ada ceramah. Tapi nasib baik henfon canggih sikit *ehem.. Jadi saya taip laa apa yang termampu.

     Beberapa poin penting yang terdapat dalam ceramah td.. Selamat membaca! :)

*Polisi: Jangan salahkan orang lain
 Faham tak? Maksudnya jangan suka tunjuk kat orang lain kalau ada kesalahan. Jangan salahkan bas.Jangan salahkan paip.. dan sebagainya.Cermin diri kita dulu. Sebab mungkin ada yang berpunca daripada diri kita sendiri.Ingat! Tiada manusia yang sempurna.

*Kesusahan akan menjadikan kita hebat.
 Betulkan? Sebab tu orang selalu cakap.Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan yang lebih besar. Sama konsep la tu. Bila kita mengalami kesusahan,kita akan berusaha dengan lebih kuat dan gigih untuk mencapai kesenangan. Natijahnya kita akan menjadi hebat! Ya! Hebat yang datang dari dalam hati..

*Berhijrah untuk sesuatu yang hebat mesti ada kawan.
Itulah kepentingan jemaah. Bergerak dalam satu kumpulan.During Minggu Suai Mesra Asasi Sains 2012/2013 UMS pun sangat ditekankan tentang semangat kerjasama. Bila kita hidup dalam universiti,kita tak boleh survive sorang-sorang.Kita mesti ada kawan juga.Contohnya time buat assignment.Biasanya memang akan siap lebih cepat dan lebih berkualiti dengan kerjasama berkumpulan daripada dok buar sorang-sorang. Btw,korang sanggup ke buat assignment yang berlambak tu sorang-sorang? *winkwink

*Keazaman
Yeah! AZAM ! (budak2 SMESH mesti taw maksud yang lain-lain ni) ekhem..Maksud ustaz dengan keazaman ni ialah~ Keazaman tanpa sokongan orang lain takkan berjaya.Kita mesti ada each other juga. Saling membantu.. :)

*Orang yang hebat takkan menyusahkan dan mengecewakan orang lain.

*Universiti bukan segala-galanya.
Jadi toksah dapat pointer yang tinggi la ni? Toksah Study sungguh-sungguh la ni? Haha.. Korang pikir la sendiri.
 
*Tak pernah terlambat untuk berhijrah.
Its never be too late to learn.Sebelum ajal datng menjemput.Takkan pernah terlambat untuk berubah.
 
*Kejayaan yang terhebat adalah syurga.
Syurga adalah impian utama kita. Tapi ingat senang ke nak masuk sana? Kena tetapkan nak masuk syurga yang mana.
 
*Kena faham Islam betul-betul,baru dapat berhijrah dengan baik.
Ilmu tanpa amal adalah sia-sia.Jadi amal tanpa ilmu? 
 
*Jangan sesekali belajar Islam d FACEBOOK. Bahaya!

*Beramal dengan Islam.Tunjukkan akhlak yang baik dan anda mempunyai sesuatu.
Tunjukkan yang kita ada sesuatu! Letakkan Islam di tempat yang tertinggi dalam hati kita.
 
*Jangan membuat sesuatu yang membuatkan kita jatuh di tengah jalan.
Pandai-pandai la nilai apa yang terbaik untuk kita. Kita dah dewasa kan? Tahu nak membezakan mana yang baik dan buruk.
 
*Jangan sedihkan hati ibubapa.Kita bekerja untuk menggembirakan mereka.
Selalu ingat kat parents kita yang dah susah-susah biayai kita kat universiti. Segala pengorbanan mereka terhadap kita.Takkan ada yang dapat membalasnya.
 
*Hati mesti kuat.
Bila hati kita kuat.Kita dapat buat apa-apa sahaja. Hati-hati!
 
* Bila ilmu hebat,orang akan cari kita.
Itulah kepentingan ilmu.Kehebatan ilmu.  Ilmu Allah di bumi ni sangat banyak. Jangan pernah jemu untuk mencarinya.

*Mesti buat polisi yang menguntungkan.Mesti berusaha.Jangan hanya mengharap.
D.U.I.T. Kita mesti berusaha dulu sebelum mengharap padaNya. Jangan bila dah nak masuk musim exam,dok bertapa kat surau.Mohon dan doa banyak-banyak.Tapi tak setanding pun dengan usaha kita.Biar seimbang.Kita usaha dulu,baru tawakal.Percaya pada setiap perancangan Allah.

*Kepentingan untuk beramai-ramai.
Baru ada semangat!


     Ok! Itu la beberapa poin yang saya sempat taip kat henfon saya. Ada satu point yang best.Tapi saya lupa la pula.Hm,InsyaAllah nanti kalau saya ingat saya beritahu k. Azwa mengantuk suda.. :)

     Oya,lepas tu Azwa ada terambil satu tag. Bukan ambil sebenarnya.Tapi kakak tu tanya siapa belum dapat tag.Jadi Azwa angkat tangan laa. Rupa-rupanya tag AJK  Solat Perdana Kg. E.. AJK laa sgt kan.. Hee. Apa-apa pun.. Minta maaf banyak-banyak sebab terambil.. Kakak-kakak dan para AJK,sila halalkan tag tersebut ya. Agaknya itu satu petanda bahawasanya Azwa akan menjadi AJK juga suatu hari nanti.. InsyaAllah.. :) .. Berdakwah tanggungjawab bersama..


'Qatratun minal hikmah khairun min bahrin minas sarwati' 
               Setitik ilmu hikmah adalah lebih baik daripada selautan kekayaan dunia 


#Semoga hari esok lebih baik daripada hari ini.. InsyaAllah.. :)

Kes langgar lari yang berlaku semalam

Bismillahirahmairrahim~
Assalammualaikum W.B.T.

     Dah lama tak uptade blog.Hari tu sebab dah start masuk UMS dan sangat sibuk dengan Minggu Suai Mesra. Lepas tu cuti seminggu pun tak update juga.Takda internet at home. Online  Facebook pun guna Ipad. je.. Huu~ Syukur laa ada Ipad.. :)

     Right now saya dah balik UMS dah.. Dalam bilik terchenta ditemani laptop tersayang. I have a lot of stories to share. Because so many things happen in my life lately. Hoho~ Asasi Sains UMS,keputusan MARA n what happen last night.

Rasanya hari-hari saya merangka dalam minda untuk membuat entry terbaru. Tapi sekarang belum ada hati lagi nak mengarang~ haha.. Tunggu nanti malam ke.. ~
Tapi nak bagitaw something juga..

     kereta HARRIER KENA LANGGAR LARI!!!!!!!!

Arghhh!!~
   
     My dad tension berabis semalam. Kitorang parking kat Centre Point. Tapi bila  nak naik kereta,baru perasan ada calar yang teruk dan kereta kemek. Kereta mahal dan baru tuu.. Macam mana juga tak tension kan? But i'm sure everything happen for a reason. Ada hikmah tersembunyi.. Yakin ja!

     Nway,sekarang my parents dan adik2 tengah buat aduan di CP. Nak tengok CCTV.. Hurmm.. Semoga dipermudahkan segalanya.. Amiin ~ Kawan-kawan doakan juga spy keadilan dapat ditegakkan ya! InsyaAllah..

Ok laa,semoga Allah memberi idea untuk dicoretkan dalam blog ini untuk kepentingan bersama.. ^^