Followers

Monday, 9 December 2013

EXAM MODE : ON

Assalammualaikum semua.
End Of Module H.I.G.O. is just around the corner.

Bismillah.
Alhamdulillah for another day. Lepas skipping and mengemas sikit-sikit tadi rasa tergerak pula tangan ni nak mencoret sesuatu. Idea datang dan pergi. Teringin nak ada blog macam dorang. Tapi apakan daya, bakat menulisku ini tidak berkembang dengan maju. Tak begitu pandai mengekspresikan perasaan melalui tulisan. Too much nak cakap. And too much sampai orang tak faham.

Rasa jatuh. Rasa semangat. Rasa homesick.
Semua rasa bercampur baur.
Alhamdulillah. Allah masih tempatkan dalam kalangan orang-orang yang tengah berlari. Mengejar Dia. Rasa tertinggal ke belakang. Tapi Allah bagi rasa itu bukan untuk menjatuhkan. Tapi untuk menyedari. Betapa bahawa manusia itu mudah lalai. Alpa. Lupa. Akan apa yang sebenarnya di kejar. Dunia atau akhirat.

Semoga Allah kurniakan hati yang bersih. Bersangka baik. Dengan setiap perancangan Allah yang telah tersusun cantik. Tapi sayang. Kita tak pernah menghayati.

EXAM MODE : ON

Semoga End Of Module exam yang untuk ketiga kalinya ini. Memberi seribu satu kelainan. Moga mendapat rahmat dan berkat yang lebih daripada Allah. Ingat, niat adalah perkara yang akan membuatkan suatu perkara kecil menjadi besar and perkara besar menjadi kecil. May Allah bless. Ilmu perubatan yang dipelajari ini ada;lah untuk menyumbang sesuatu pada Ummah, Islam dan dalam perjuangan medan dakwah ini sendiri. Semoga Allah tetapkan gerak hati-hati ini di bawah lembayung rahmat dan kasih sayangnya. Teguhkan hati. Moga Allah redha.


p/s : after habis EOM. Bercuti ke Langkawi bersama family. InsyaAllah.