Followers

Monday, 9 December 2013

EXAM MODE : ON

Assalammualaikum semua.
End Of Module H.I.G.O. is just around the corner.

Bismillah.
Alhamdulillah for another day. Lepas skipping and mengemas sikit-sikit tadi rasa tergerak pula tangan ni nak mencoret sesuatu. Idea datang dan pergi. Teringin nak ada blog macam dorang. Tapi apakan daya, bakat menulisku ini tidak berkembang dengan maju. Tak begitu pandai mengekspresikan perasaan melalui tulisan. Too much nak cakap. And too much sampai orang tak faham.

Rasa jatuh. Rasa semangat. Rasa homesick.
Semua rasa bercampur baur.
Alhamdulillah. Allah masih tempatkan dalam kalangan orang-orang yang tengah berlari. Mengejar Dia. Rasa tertinggal ke belakang. Tapi Allah bagi rasa itu bukan untuk menjatuhkan. Tapi untuk menyedari. Betapa bahawa manusia itu mudah lalai. Alpa. Lupa. Akan apa yang sebenarnya di kejar. Dunia atau akhirat.

Semoga Allah kurniakan hati yang bersih. Bersangka baik. Dengan setiap perancangan Allah yang telah tersusun cantik. Tapi sayang. Kita tak pernah menghayati.

EXAM MODE : ON

Semoga End Of Module exam yang untuk ketiga kalinya ini. Memberi seribu satu kelainan. Moga mendapat rahmat dan berkat yang lebih daripada Allah. Ingat, niat adalah perkara yang akan membuatkan suatu perkara kecil menjadi besar and perkara besar menjadi kecil. May Allah bless. Ilmu perubatan yang dipelajari ini ada;lah untuk menyumbang sesuatu pada Ummah, Islam dan dalam perjuangan medan dakwah ini sendiri. Semoga Allah tetapkan gerak hati-hati ini di bawah lembayung rahmat dan kasih sayangnya. Teguhkan hati. Moga Allah redha.


p/s : after habis EOM. Bercuti ke Langkawi bersama family. InsyaAllah.

Thursday, 14 November 2013

Hero itu siapa?

Assalammualaikum dan salam Jumaat!

Ohsemnya Jumaat! (Kata-kata Inche Gabbana)

Alhamdulillah. Hari yang penuh barakah. Semoga kita dapat manfaatkan penghulu segala hari ini dengan semaksimumnya. InsyaAllah.

Harini nak berkongsi cerita sedikit. Tentang Hero. Best tak? Kalau cakap pasal Hero mesti kita akan terfikir pasal Hero yang ada kuasa kan? Kekuatan. Baik hati. Selalu tolong orang. Hensem (ehh) Tapi apa-pun, kita memang dah disogokkan dengan SuperHero yang hanya ada dalam dunia maya. Hingga budak-budak sekarang menjadikan mereka sebagai idola atau sumber aspirasi diorang.

Wujud tak?

Mestilah tak. :)
*sengih*


IronMan yang kaya :)


Smallville


Batman! Tym kecil2 sgt suka cerita ni.

Wajar tak kita menjadikan sesuatu yang tak wujud sebagai satu idola? Apa kata adik2? Kalau tak wujud mesti semua tu tipuuuu kan? Macam mana nak betul2 jadi kuat? Kalau Hero kita pun sebenarnya tipuuu  *nanges*

Tahu tak?

Suatu ketika dahulu. Wujudnya Hero yang benar-benar hebat. Gagah perkasa. Kuat dari segi mental dan fizikal. SubhanaAllah. Tak terbayang betapa tingginya semangat dan keimanan mereka untuk menyebarkan Syiar Islam ke merata tempat.

Ya.
Merekalah para sahabat yang telah dididik oleh Rasulullah SAW. Generasi Al-Quran yang pertama. 

Pernah tak kita cuba selami kisah-kisah sepanjang hayat mereka? Yang berjuang menegakkan agama sehingga kita dapat mengecap dua nikmat terbesar dalam hidup kita harini. Nikmat Iman dan Islam.

Semalam baru habis baca kisah Saad Abu Waqas. 
Sebenarnya buku tu dah lama ada. Tapi disebabkan tiada kesedaran untuk menghayati sirah-sirah untuk dijadikan pengajaran. Lama tak disentuh laa. 

So nak ajak kawan-kawan untuk sama-sama cari dan hayati kisah para sahabat. Semoga kita dapat mencontohi mereka dalam menegakkan Islam di muka bumi ini. Ingat tanggungjawab dan amanah kita.

Akhir kata, Siapakah 10 SAHABAT YANG DIJAMIN SYURGA?
Mesti semua tahu kan? Tapi masalahnya cuma tak ingat. :)

Here's the list.

1. Saidina Abu Bakar Siddiq r.a.
2. Saidina Umar bin Khattab r.a.
3.Saidina Uthman bin Affan r.a.
4.Saidina Ali bin Abi Talib r.a.
5.Talhah bin Abdullah r.a.
6. Zubair bin Awwan
7.Sa'ad bin Abi Waqqas
8.Sa'id bin Abu Naqqas
9.Abdurrahman bin Auf
10.Abu Ubaidillah bin Jarrah


Jom hidup dengan sirah sahabat. Penuh dengan cerita untuk dijadikan pengajaran dan menaikkan semangat kita di medan perjuangan dakwah.

Salam Jumaat!
Al-Kahfi :)

Tuesday, 15 October 2013

Salam Aidiladha.

Bismillah.
Assalammualaikum semua!
Selamat menyambut hari raya aidiladha. Semoga kita semua akan terpilih untuk menjadi tetamuNya pada suatu hari nanti. Menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah. Menunaikan rukun Islam yang kelima. InsyaAllah. Sama-samalah kita berusaha dan keep praying. (Y)

This aidiladha. 1434H. Secara kasarnya. For me rasa sunyi. Since saya tak balik ruma sebab cuti 4 hari and exam in 2 weeks. Heh. Jihad menuntut ilmu dan pengorbanan yang kita lakukan. Walau sekecil manapun. Semoga Allah terima sebagai amal.

Tenggelam dalam kasih sayangNya. Alhamdulillah. Tatkala keseorangan ataupun berada dalam kesusahan. Lihat dengan mata hati. You'll see apa yang Allah cuba nak sampaikan. Don't worry. Be happy always!

Cuti 4 hari. Alone. Allah uji. Nak tengok reaksi. Mula-mula tu tak boleh terima sikit. Tapi cepat-cepat betulkan hati. Betapa sweetnya Allah bila hantar Kak Biha and Kak Ainee untuk mabit kat ruma malam tu. Subhanallah. Yakin pada perancanganNya. 

Then I spend a day dengan Kak Aliah, Atiqah, Shazliana and Syahirah :)
Picnic, makan dim sum and jalan-jalan menghayati suasana malam. And I just know yang saya allergic dengan air sungai. Ingat tu Azwa! Jangan mandi sungai! Wee :)

Apa yang saya nak share : Try to think positive for everything that we have been through. Everyone have their own stories. We have ours also. Be grateful for everything that we had. We are special for who we are. No one can replace you. You're the only one in this world.


I got this one message about aidiladha that I thought is worth to share.

'Datangnya adha buka sekadar kisah penyembelihan. Akurnya Ismail untuk dikorbankan oleh ayahnya, Ibrahim juga bukan sekadar akurnya seorang anak kepada ayah. Tetapi ia adalah ketaatan dan akur kerana Allah!!! dengan berkorban, para nabiya ini mengimani bahawa baginda dekat dengan Allah [108 : 2]. Hiduplah di dalam ruh adha ini dengan mengimani ibrah disebalik kisah Ibrahim dan Ismail bahawa berlari kepada Allah perlukan pengorbanan.Dan perngorbanan tidak bermaksud berhenti dan habis tetapi ia adalah titik permulaan kepada pembinaan diri yang dekat kepada Allah.'

"Maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah." [108 : 2]

Jom berlari mendapat Allah!
Semoga Allah tetapkan hati kita di jalan yang benar. Dan memberi kita kefahaman yang mantap dalam agama. Amiin.

 "Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birokhmatikaya Arhamarrohimin." 

Salam aidiladha semua!
Ikhlas dari Azwa yang berada di perantauan.
Ipoh, Perak.

Sunday, 6 October 2013

Smile, You worth this :)

Bismillah.
Alhamdulillah.
Subhanallah.
Assalammualaikum w.b.t.

Akhirnya setelah sekian lama, terdetik untuk menulis lagi. Mungkin rasa bosan atau mungkin tersentuh dengan blog-blog sahabat. Tapi Allah jua yang menggerakkan hati.

Teringat lagi tujuan asal buat blog. Agar ada tulisan atau coretan yang mungkin menyentuh hati seseorang. Semoga pahala terus mengalir walau diri hilang dari dunia. :')

Saya seorang yang pemendam. Kadangkala mengekspresikan sesuatu melalui tulisan. Tapi sekarang ni banyak melalui laman-laman sosial. Allah. Semoga Allah tetap menjadi tempat pergantungan yang utama.
Semua berlaku dengan hikmah.

Alhamdulillah. Last week sungguh hectic dengan tugasan dan keadaan diri yang tidak terjaga. Dalam keadaan rohani yang sangat lapar. :'(
Allah hantarkan hadiah dan kasih sayangNya. Serta pengajaran untuk setiap detik yang dilalui. Sungguh. Allah sangat sweet. Alhamdulillah. Allah sentuh lagi hati ini. Allah pegang hati ini. Allah tunjukkan jalan bagi hati ini.

Semoga hati ini sentiasa menyedari bahawa Allah sentiasa ada di sisi. 

' Dan sungguh,Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya,dan Kami lebih dekat padanya daripada urat lehernya.' [50:16]

Friday, 21 June 2013

Surat Tawaran :)

Assalammualaikum w.b.t.
Selamat petang semuaaa.
Semoga hari ini lagi baik daripada semalam.
*tengok bawah*
ada kucing


Alhamdulillah. Penantian berakhir. Saya tak sangka saya akan se'excited' begini. But yes, I'm excited! Allahu. Rasa bersyukur sangat-sangat. Dan happy yang tak terkira. Satu lagi daripada nikmat Allah yang Maha Penyayang kepada hambaNya yang banyak melakukan dosa ini. :(

Surat tawaran dah sampai!
Mama yg bagitaw tym balik dari sekolah tadi. Dan yang peliknya. Mama yang dapat message. Hurmm. Adakah saya tersalah tulis nombor telefon ketika mengisi borang permohonan? Ya. Saya rasa itu jawapannya. 
Hehe.

Ada seminggu lagi cuti. Dan malam ni dah start sibuk-sibuk maw buat cheesecake. Haha. Looking forward for tomorrow. Maw jumpa adik-adik kesayangan!
Yaloo. Adiks saya yang dua orang tu :)

Apa-apapun can't wait untuk masuk RCMP. Tapi nak cuti lama lagi! Haha.
Teringat kata sahabat.
Apa erti cuti?
Hee, Cuba fikir. Saya ada jawapan sendiri. Tapi tersentap juga bila sahabat ini mengemukakan pendapat dia. Kita selalu sibuk. Ya. Dengan pelbagai jenis urusan. Urausan keduniaan dan juga akhirat. Yang penting, ingati Allah itu penting.
Sebab tu kita ada solat 5 waktu. :)

'Mengingati Allah itu ibarat air kepada ikan. Cuba lihat keadaan ikan tanpa ketiadaan air'

Tuesday, 18 June 2013

Setelah sekian lama

Assalammualaikum w.b.t. :)

I'm trying to be myself here.

Alhamdulillah. masih digerakkan hati untuk update blog. 'Setelah sekian lama'~ menyepi. 
So many things happened. Its made who am I today.
To be honest. Tak ada apa nak update.
Sebab busy dengan TWITTER and FACEBOOK.
InsyaAllah saya akan kongsikan apa-apa yang menarik dan juga berguna.
As for me. By writing this. I got something for myself. As a reminder.
Syaitan akan berusaha menjadikan kita berseorangan.
Sebab dengan berseorangan kita akan mudah lemah.
Betul! Sangat.
2 tahun disekolah dibawah jagaan seseorang dan juga rakan-rakan yang sentiasa mengingatkan dan juga bersama-sama cuba berubah ke arah yang lebih baik dan yang diredhaiNya.
1 tahun saya berkeseorangan. Mencari kekuatan diri sendiri. Rebah. Bangkit sendiri.
Dan akhirnya saya tahu. By being alone. Mujahadah akan menjadi lebih susah. Trust me.
Dengan kesenangan dunia yang melalaikan. Syaitan yang tak pernah berhenti berbisik. 
Allah.
Betapa kita hanya insan yang biasa :)


Rindu suasana dulu. But looking forward to the future.