Followers

Thursday, 14 November 2013

Hero itu siapa?

Assalammualaikum dan salam Jumaat!

Ohsemnya Jumaat! (Kata-kata Inche Gabbana)

Alhamdulillah. Hari yang penuh barakah. Semoga kita dapat manfaatkan penghulu segala hari ini dengan semaksimumnya. InsyaAllah.

Harini nak berkongsi cerita sedikit. Tentang Hero. Best tak? Kalau cakap pasal Hero mesti kita akan terfikir pasal Hero yang ada kuasa kan? Kekuatan. Baik hati. Selalu tolong orang. Hensem (ehh) Tapi apa-pun, kita memang dah disogokkan dengan SuperHero yang hanya ada dalam dunia maya. Hingga budak-budak sekarang menjadikan mereka sebagai idola atau sumber aspirasi diorang.

Wujud tak?

Mestilah tak. :)
*sengih*


IronMan yang kaya :)


Smallville


Batman! Tym kecil2 sgt suka cerita ni.

Wajar tak kita menjadikan sesuatu yang tak wujud sebagai satu idola? Apa kata adik2? Kalau tak wujud mesti semua tu tipuuuu kan? Macam mana nak betul2 jadi kuat? Kalau Hero kita pun sebenarnya tipuuu  *nanges*

Tahu tak?

Suatu ketika dahulu. Wujudnya Hero yang benar-benar hebat. Gagah perkasa. Kuat dari segi mental dan fizikal. SubhanaAllah. Tak terbayang betapa tingginya semangat dan keimanan mereka untuk menyebarkan Syiar Islam ke merata tempat.

Ya.
Merekalah para sahabat yang telah dididik oleh Rasulullah SAW. Generasi Al-Quran yang pertama. 

Pernah tak kita cuba selami kisah-kisah sepanjang hayat mereka? Yang berjuang menegakkan agama sehingga kita dapat mengecap dua nikmat terbesar dalam hidup kita harini. Nikmat Iman dan Islam.

Semalam baru habis baca kisah Saad Abu Waqas. 
Sebenarnya buku tu dah lama ada. Tapi disebabkan tiada kesedaran untuk menghayati sirah-sirah untuk dijadikan pengajaran. Lama tak disentuh laa. 

So nak ajak kawan-kawan untuk sama-sama cari dan hayati kisah para sahabat. Semoga kita dapat mencontohi mereka dalam menegakkan Islam di muka bumi ini. Ingat tanggungjawab dan amanah kita.

Akhir kata, Siapakah 10 SAHABAT YANG DIJAMIN SYURGA?
Mesti semua tahu kan? Tapi masalahnya cuma tak ingat. :)

Here's the list.

1. Saidina Abu Bakar Siddiq r.a.
2. Saidina Umar bin Khattab r.a.
3.Saidina Uthman bin Affan r.a.
4.Saidina Ali bin Abi Talib r.a.
5.Talhah bin Abdullah r.a.
6. Zubair bin Awwan
7.Sa'ad bin Abi Waqqas
8.Sa'id bin Abu Naqqas
9.Abdurrahman bin Auf
10.Abu Ubaidillah bin Jarrah


Jom hidup dengan sirah sahabat. Penuh dengan cerita untuk dijadikan pengajaran dan menaikkan semangat kita di medan perjuangan dakwah.

Salam Jumaat!
Al-Kahfi :)

No comments:

Post a Comment