Bismillahirahmairrahim..
Assalammualaikum w.b.t.
Salam Ramadhan semua!
Alhamdulillah.. Kita masih lagi diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini.. Mungkin ramai yang tak rasa apa-apa.. Tapi inilah dia bulan dimana amalan kita akan berlipat kali ganda pahalanya. Amalan sunat akan mendapat pahala seperti amalan fardhu dan amalan fardhu akan mendapat pahala berlipat kali ganda.. Jadi rakan-rakan.. Mari kita sama-sama rebut pahala puasa. Dengan mempertingkatkan ibadah dan mengurangkan perkara-perkara yang tak membawa faedah. Apa yang utama ialah NIAT kita. Yep! Niat kita kerana Allah.. :)
'Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke ats kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.'
[Al-Baqarah,2 :183 ]
Sebagai manusia biasa.. Kita mudah lupa. Jadi nak beri sedikit perkongsian sempena bulan Ramadhan ini. Buat peringatan untuk diri saya sendiri dan rakan-rakan yang dirahmati Allah sekalian. Semoga bermanfaat kepada semua. InsyaAllah..
................................................................................................................................
PENGERTIAN RAMADHAN :
Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ‘ra-mim-dal’, yang bererti“panas” atau “panas yang menyengat”. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud“menjadi panas atau sangat panas”, atau diertikan juga sebagai“hampir membakar”. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tekak terasa haus disebabkan sedang berpuasa.
NIAT DAN DOA BERBUKA :
Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Ertinya : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu
PERKARA SUNAT,MAKRUH DAN MEMBATALKAN PUASA :
Ø Perkara-perkara sunat puasa:
a) membanyakkan membaca al-Quran
b) mandi junub sebelum fajar
c) melewatkan sahur waktu imsak
d) berbuka dengan buah tamar dan benda manis
e) membanyakkan sedekah
f) solat terawih
g) segera berbuka bila masuk waktu
Ø Perkara-perkara makruh puasa
a) berkumur-kumur dengan keterlaluan
b) merasa makanan dengan lidah
c) bercakap perkara-perkara buruk dan keji
d) memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
e) gosok gigi setelah gelincir matahari
f) mencium isteri
g) menderma darah
Ø Perkara-perkara yang membatalkan puasa:
a) makan dan minum dengan sengaja
b) mengeluarkan air mani dengan sengaja
c) haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
d) muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
e) melakukan persetubuhan
f) gila walaupun sebentar
g) murtad
h) berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib
Ø Perkara yang tidak membatalkan puasa:
a) Menelan air liur yang bersih dan bagi orang yang selalu berdarah gusinya adalah dimaafkan.
b) Bersuntik
c) Tidur walaupun sepanjang hari
d) Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga
e) Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja
...................................................................................................
# Sama-sama kita mengejar pahala puasa. Semoga setiap perbuatan kita adalah ibadah kepadaNya. dan semoga ibadah kita diterima.. Salam Ramadhan dari perantauan.. ^_^