Bismillahirahmanirrahim..
Assalammualaikum w.b.t.
Hee.. Alhamdulillah.. selamat mendarat d Kuala Lumpur International Airport (KLIA) jam 8 lebih tadi.. Currently waiting untuk flight ke Alor Star,Kedah jam 1.55pm nanti.. Semoga Allah permudahkan segalanya.. InsyaAllah..
Mendarat saja di tanah semenanjung tadi. Azwa dah niat hidup dan study azwa kat Kedah nanti adalah kerana Allah. Nak jadi doktor kerana Allah. Dan perbetulkan niat yang mungkin ada tersimpang ke mana-mana arah untuk kembali berbuat sesuatu kerana Allah.. Kadang kala sebagai manusia ni kita lupa apa tujuan sebenar kita hidup di dunia ni. kan? Terlalu sibuk mengejar dunia hingga kadang-kala kita terlupa apa matlamat dan tujuan sebenar kita hidup.
Ramai kata nak masuk syurga, tetapi kehidupannya tidak punya ciri pengejar syurga.
Ramai mahu Allah merahmatinya, tetapi dia sendiri tidak berusaha apa-apa.
Tipikal manusia.
---------------
Sebab itu, hiduplah dengan luar biasa.
(Hilal Asyraf)
Doakan kejayaan azwa kat Kedah nanti ya?
Alhamdulillah.. Walaupun agak sedih tinggalkan UMS. Hati ini meyakini perancanganNya.. Jika kita letakkan kepercayaan kita sepenuhnya pada Allah. Kita takkan rasa kecewa.
Kerana tiada siapa tahu apa yang terbaik unuk kita selain daripada Allah S.W.T. yang Maha Mengetahui. Have faith in Him..
#Semoga diri ini sentiasa istiqomah .. :)
No comments:
Post a Comment