Semoga hari-hari kita berlalu dengan lancarnya dibawah lembayung rahmatNya.
Alhamdulillah. Selesai mengikuti satu pertandingan debat. Hehh. Debat?
And I don't know the reason why am I in the first place setuju untuk ikut debat ni. Yelaa, I'm not that good and dah lama dah tinggalkan dunia perdebatan ni. And saya sendiri pun rasa kebolehan saya untuk bercakap and meyakinkan orang tu dah semakin hilang..
Tapi Allah tahu akan segalanya kan. Apa yang baik and apa yang buruk untuk kita. Dia tahu setiap benda yang dalam pengetahuan kita mahupun di luar pengetahuan kita. Alhamdulillah. Sekarang I'm one of the loving family of Debat Bahasa Melayu UniKL RCMP. 😍
It's totally a wonderful journey.
Sejak debat pengurusan haritu yang menjadi detik pertemuan and permulaan. Penat lelah minta tolong orang hantar ke kolej malam-malam sebab takde kereta. And then Lab Debat UniKL kat MIMET, walaupun tym tu busy nak exam MSSK module. Then pengorbanan masa, tenaga and segalanya untuk Debat Alam Sekitar. Dan harini, sampailah kepada Debat Kesihatan UKM yang baru berakhir semalam.
Tanpa setiap seorang daripada kamu, kita tak kan berjaya menharungi semua ni. Tanpa pengorbanan dari segenap segi yang kita lakukan, pasti ukhwah kita sebagai satu keluarga debat takkan semanis ni. Dan segalanya berlaku dalam tempoh masa itu dan hingga ke suatu masa nanti adalah dengan izin Allah. Dan semoga Allah meredhainya segala usaha kita dan pelihara niat kita yang terutama tu. InsyaAllah.
Being in this competition. I would say that it's like I was out of my comfort zone. Keluar dari zon selesa dengan rakan-rakan di rumah atau di kolej. Keluar dari zon selesa yang mhadap buku, laptop or iPad hampir sepanjang hari. Keluar dari zon selesa yang mungkin hampir setiap masa men'scroll' facebook, twitter or insta.
Because I met new friends. And I saw a different perspective daripada dimensi yang saya nampak selama ni. Betapa kematangan dorang menyerlah, betapa yakinnya mereka, betapa mereka tahu apa yang mereka kejar dan betapa ramai orang di luar sana yang hebat-hebat belaka.
Perlu. Sangat perlu kita keluar untuk memmerhatikan norma-norma masyarakat. Di mana kita nanti untuk sama-sama membangunkan masyarakat ini. Dan apa peranan kita dalam menegakkan Islam itu sendiri.
Mata terbuka luas.👀 Pengalaman yang Allah hamparkan tu, ibrahnya harus di kutip satu persatu ibarat permata yang berharga. Untuk kita jadikan cabaran dan kayu ukur. Apa yang harus kita lakuan seterusnya..
Mulakan langkahmu. Walaupun perlahan, jangan pernah berhenti.
Kerana jalan ini panjang.
Dan cabaran yang lebih besar akan menanti di hadapan kita.
Ini permulaan baru. Teguhkan hati dan tegakkan niat keranaNya. 💪

No comments:
Post a Comment